Update 14:21 date 18/07/2018
BERITA | 11 Jul, 2018 | 21:02

Elak hantar anak ke sekolah sekiranya ada tanda HFMD – Dr Sahruddin

Pihak sekolah dinasihatkan tidak menerima murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti. – Gambar hiasan ISKANDAR PUTERI: Ibu bapa diminta agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata pihak sekolah […]

Elak hantar anak ke sekolah sekiranya ada tanda HFMD - Dr Sahruddin

Pihak sekolah dinasihatkan tidak menerima murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti. – Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI: Ibu bapa diminta agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata pihak sekolah pula dinasihatkan supaya tidak menerima murid berkenaan bagi mengelakkan murid-murid lain dijangkiti.

Menurut Dr Sahruddin, ibu bapa dan guru juga boleh menjalankan aktiviti pembersihan atau semburan disinfeksi pada kerusi, meja dan barang mainan anak-anak dan murid-murid mereka.

“Penyakit ini adalah penyakit bawaan virus yang mudah berjangkit, jadi ibu bapa dan guru perlu peka,dan sekiranya ada anak kita yang dijangkiti mereka perlu diisolasikan dan tidak dibawa ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.

“Jangkitan juga boleh dihindari dengan cara mencuci tuala badan setiap kali selepas digunakan, mengkuarantin anak murid yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan dan memaklumkan Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat murid yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat penyakit HFMD,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Negeri Johor di sini, pada Rabu.

Dr Sahruddin berkata peringatan itu dibuat kerana Johor merupakan antara negeri yang merekodkan penyakit HFMD yang tinggi pada tahun lepas dengan 1,505 kes.

Pada awal tahun ini hingga hari ini pula 1,812 pesakit telah dijangkiti, peningkatan sebanyak 20.3 peratus daripada angka tahun lepas.

“Kebanyakan kes HFMD di Johor berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

“Sebab itu, ketika ini kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan sedang menjalankan saringan kesihatan di peringkat taska, tadika dan prasekolah dan menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka,” katanya.

Berkenaan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dicadangkan di kawasan utara Johor, Dr Sahruddin memaklumkan bahawa perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian kesesuaian lokasi dan memilih penternak-penternak yang akan terlibat.

“Untuk tahap pertama, kita akan lihat penternak-penternak kecil yang berjaya yang mana mereka ini akan kita berikan insentif untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sehingga hari ini, kita telah mengenal pasti 21 ladang satelit yang berpotensi untuk dimajukan.

“Tetapi perkara ini perlu dilaksanakan secara terperinci kerana kita tidak mahu mengulangi kegagalan projek NFC yang terdahulu,” katanya.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/elak-hantar-anak-ke-sekolah-sekiranya-ada-tanda-hfmd-dr-sahruddin-180223
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA