Update 08:16 date 20/07/2018
HIBURAN | 08 Jul, 2018 | 00:00

Ellie Suriaty buat kecoh, Isa Khan pula tak puas hati

Isa hilang hormat pada Ellie yang dianggap sebagai mentor dan idola dalam bidang lakonan. PELAKON yang sedang meningkat naik, Isa Khan menjadi sasaran netizen gara-gara menyelar tindakan aktres Ellie Suriaty melaungkan slogan ‘hidup Melayu’ ketika berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Rata-rata mempersoalkan tujuan sebenar Isa memuat naik video meluahkan rasa […]

Isa hilang hormat pada Ellie yang dianggap sebagai mentor dan idola dalam bidang lakonan.

PELAKON yang sedang meningkat naik, Isa Khan menjadi sasaran netizen gara-gara menyelar tindakan aktres Ellie Suriaty melaungkan slogan ‘hidup Melayu’ ketika berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Rata-rata mempersoalkan tujuan sebenar Isa memuat naik video meluahkan rasa kurang senang terhadap Ellie sehingga ada yang melabelnya sebagai rasis.

Bagaimanapun Isa ketika dihubungi mStar Online menjelaskan dia bertindak begitu kerana berasa terkesan dengan slogan dilaungkan Ellie memandangkan Malaysia juga mempunyai pelbagai bangsa lain.

“Saya muat naik video tersebut secara umum bagi mewakili semua bangsa. Apabila melihat video itu, saya terkesan dengan slogan ‘hidup Melayu’ yang digunakan Ellie.

“Walaupun ibu saya berbangsa Cina dan ayah berasal dari Pakistan tapi saya membesar di sini dan hidup sebagai rakyat Malaysia.

Isa memuat naik video dia meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap Ellie.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di mahkamah… Ellie Suriaty hargai jasa Najib, terpulanglah apa orang nak kata

Isa yang memuat naik video tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang bersetuju dengan pendapat Isa yang menganggap penggunaan slogan yang sesuai adalah hidup Malaysia.

Tambah Isa lagi, dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pelakon wanita itu.

“Buat masa sekarang, saya tak ada terima sebarang maklum balas daripada pihak dia. Saya hanya tag (petik) nama dia di video tersebut sahaja.

“Kalau pihak dia mahu memberi kenyataan balas, saya sudah bersedia untuk berdebat dengan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Isa masih menganggap Ellie sebagai idolanya dalam bidang lakonan dan tidak akan lupa jasa wanita itu yang memberi tunjuk ajar ketika menyertai program Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

“Saya masih anggap dia sebagai mentor dan idola dalam bidang lakonan. Saya tak akan lupa jasa dia mengajar saya ketika berada di dalam program AF.

“Tapi sejujurnya, saya hilang hormat pada Ellie selepas melihat video dia menjerit-jerit ‘hidup Melayu’,” katanya.

Sebelum ini, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan pada Rabu lalu.

Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/08/isa-khan
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA