Update 08:14 date 17/08/2018
SUKAN | 11 Aug, 2018 | 06:00

Emery mahu hapus badi tanpa kemenangan ke atas Guardiola

PENGURUS Arsenal, Unai Emery berharap dapat memecahkan badi tanpa kemenangan ke atas seteru lamanya, Pep Guardiola. Sepanjang menjadi pengurus, Emery yang sebelum ini mengendalikan Valencia pernah berhadapan dengan Guardiola (Barcelona) sebanyak 10 kali sewaktu di Sepanyol yang mana rekod menunjukkan Emery hanya mampu seri empat kali dan tewas enam kali. Justeru, Emery berharap rekod buruk […]

PENGURUS Arsenal, Unai Emery berharap dapat memecahkan badi tanpa kemenangan ke atas seteru lamanya, Pep Guardiola.

Sepanjang menjadi pengurus, Emery yang sebelum ini mengendalikan Valencia pernah berhadapan dengan Guardiola (Barcelona) sebanyak 10 kali sewaktu di Sepanyol yang mana rekod menunjukkan Emery hanya mampu seri empat kali dan tewas enam kali.

Justeru, Emery berharap rekod buruk itu dapat diterbalikkan dalam pertemuan Arsenal dan Manchester City pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Perlawanan yang sangat mengujakan (bertemu Manchester City). Saya sangat suka bertemu Guardiola kerana sejarah lalu menunjukkan bahawa setiap pertemuan kami berakhir dengan sangat menarik dan penuh sengit.

“Di sini juga tiada bezanya. Perlawanan ini akan menjadi penanda aras tahap sebenar kami. Jadi, kami perlu beraksi dengan semangat dan membina mentaliti mahukan kemenangan kerana kami hanya mahukan tiga mata sahaja untuk aksi bertemu juara musim lalu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Emery turut mengumumkan lima nama calon pilihan kapten The Gunners pada aksi pembukaan nanti.

Lima nama tersebut ialah Laurent Koscielny, Petr Cech, Granit Xhaka, Mesut Özil dan Aaron Ramsey, walaupun status masa depannya masih menjadi tanya kerana masih belum menandatangani kontrak baharu.

Mengulas perkara tersebut, Emery menegaskan Ramsey masih menjadi pemain penting dalam skuadnya dan berharap bintang Wales itu akan terus kekal di Emirates.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/emery-mahu-hapus-badi-tanpa-kemenangan-ke-atas-guardiola/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA