Update 00:13 date 21/07/2018
BISNES | 12 Jul, 2018 | 12:00

Empat IPP dibatal kontrak minggu hadapan – Yeo

YEO: Empat IPP itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan penjana yang akan dibatalkan. – Facebook PUTRAJAYA: Kerajaan sudah kenal pasti empat penjana tenaga bebas (IPP) yang akan dibatalkan kontraknya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin. Beliau berkata empat IPP itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan penjana yang akan […]

Empat IPP dibatal kontrak minggu hadapan - Yeo

YEO: Empat IPP itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan penjana yang akan dibatalkan. – Facebook

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah kenal pasti empat penjana tenaga bebas (IPP) yang akan dibatalkan kontraknya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata empat IPP itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan penjana yang akan dibatalkan, selari dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kajian dalam membatalkan sesuatu IPP harus ambil kira tiga aspek atau impak kepada kerajaan, iaitu dari segi teknikal, perundangan serta implikasi kewangan kepada negara.

“Butiran mengenai empat IPP ini akan saya umumkan selepas mesyuarat Jemaah Kabinet pada minggu hadapan,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri sesi town hall bersama pemain industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) di sini, hari ini.

Sesi itu, yang dianjurkan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), dihadiri sekitar 1,700 penggiat industri, dan ia merupakan platform mereka untuk memberi dan mendapatkan maklum balas mengenai polisi dan dasar baharu di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

BERITA MENYUSUL LAGI

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/empat-ipp-dibatal-kontrak-minggu-hadapan-yeo-180269
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA