Update 09:30 date 14/08/2018
SUKAN | 11 Aug, 2018 | 04:00

FAM bakal ambil tindakan ke atas UAE

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung aksi persahabatan antarabangsa di antara skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE B-23) di Stadium Shah Alam kelmarin. Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, pihak FAM telah bersemuka dengan Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) sejurus selepas insiden tersebut […]

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung aksi persahabatan antarabangsa di antara skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE B-23) di Stadium Shah Alam kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, pihak FAM telah bersemuka dengan Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) sejurus selepas insiden tersebut bagi mendapatkan penjelasan ekoran provokasi dan pergaduhan yang dimulakan pemain dan pegawai dari negara Timur Tengah itu.

Ujarnya, selepas pertemuan yang turut dihadiri Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiusaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, pihak UAE FA telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk menyiasat insiden tersebut serta mengambil tindakan ke atas individu yang memulakan pergaduhan.

“Saya dan Datuk Hamidin terus mengadakan perbincangan dengan pihak UAE FA sendiri iaitu menerusi setiausaha agungnya, Mohammed Hazzam Al Dhaheri dan juga naib presidennya, Abdulla Naser Al Jneibi serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu setiausaha agungnya, Datuk Windsor John.

“Selepas perbincangan, FAM telah menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden pergaduhan terbabit dan mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi tindakan diambil kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, jelasnya pihak FAM tetap akan mengemukakan laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) dan juga pengadil kepada AFC sebelum membuat tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak FAM akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/fam-bakal-ambil-tindakan-ke-atas-uae/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA