Update 19:50 date 17/08/2018
DUNIA | 10 Aug, 2018 | 13:04

‘Giat Bumi’ lahir sejam selepas gempa

Giat Bumi yang bermaksud kejadian alam telah selamat dilahirkan apabila ibunya, Ridha Yanti dihantar ke hospital lapangan. Foto: APTN TANJUNG: Jika sebelum ini seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki, kini ada seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan dengan nama Giat Bumi. Giat […]

'Giat Bumi' lahir sejam selepas gempa

Giat Bumi yang bermaksud kejadian alam telah selamat dilahirkan apabila ibunya, Ridha Yanti dihantar ke hospital lapangan. Foto: APTN

TANJUNG: Jika sebelum ini seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki, kini ada seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan dengan nama Giat Bumi.

Giat dilahirkan di hospital lapangan sejam selepas wilayah itu digegarkan gempa bumi susulan pada Rabu.

Giat Bumi yang bermaksud kejadian alam telah selamat dilahirkan apabila ibunya, Ridha Yanti dihantar ke hospital lapangan.

Memetik laporan antarabangsa, Giat selamat dilahirkan selepas Ridha tahan sakit selama 14 jam.

“Saya dihantar ke hopsital ini menggunakan trak dan pada masa itu saya yang menahan sakit diberi ubat tahan sakit. Selepas 14 jam, pada jam 3.30, satu jam selepas gempa susulan bayi saya selamat dilahirkan.

Giat selamat dilahirkan selepas Ridha Yanti tahan sakit selama 14 jam. Foto: APTN

“Buat masa ini saya dan bayi akan terus menetap di tapak perkhemahan yang dibangunkan kerana kami masih trauma. Saya masih belum bersedia untuk tinggal di dalam rumah,” jelasnya. 

Hospital lapangan dibina berikutan tahap keselamatan di hopital sedia ada dikhuatiri tidak selamat.

Beberapa pesakit turut dipindahkan ke hospital di Mataram.

Rabu lalu gempa bumi susulan dengan bermagnitud 6.2 pada skala Ricther menggegarkan Lombok.

Ia mengakibatkan lebih 270,000 penduduk wilayah itu hilang tempat tinggal.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/giat-bumi-lahir-sejam-selepas-gempa-182721
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA