Update 05:01 date 16/07/2018
TEKNOLOGI | 04 Jul, 2018 | 15:04

Google Maps kini bantu penunggang motosikal rancang perjalanan

SUREN RUHELA: Pengguna digalakkan membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan – Foto Astro AWANI / Hilal Azmi KUALA LUMPUR: Google Malaysia melancarkan mod motosikal pada Google Maps yang membolehkan penunggang motosikal untuk merancang perjalanan mereka. Pengarah Google Maps Untuk Pengguna Bilion Seterusnya, Suren Ruhela berkata, ciri baru ini memberi pengalaman paling relevan dengan keperluan tempatan sesuai […]

Google Maps kini bantu penunggang motosikal rancang perjalanan

SUREN RUHELA: Pengguna digalakkan membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan – Foto Astro AWANI / Hilal Azmi

KUALA LUMPUR: Google Malaysia melancarkan mod motosikal pada Google Maps yang membolehkan penunggang motosikal untuk merancang perjalanan mereka.

Pengarah Google Maps Untuk Pengguna Bilion Seterusnya, Suren Ruhela berkata, ciri baru ini memberi pengalaman paling relevan dengan keperluan tempatan sesuai dengan kadar peningkatan pengguna aplikasi berkenaan sehingga 50 peratus sejak tahun lalu.

“Kami faham bahawa isu keselamatan penunggang menjadi keutamaan, jadi pengemudian atau navigasi berasaskan mercu tanda (landmark) dapat membantu penunggang motosikal untuk sampai ke destinasi,” katanya dalam majlis pelancaran ciri baharu itu di pejabat Google Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan data Persatuan Automotif Malaysia, jumlah motosikal berdaftar hampir sama dengan jumlah kereta berdaftar di Malaysia, masing-masing sebanyak 12.9 juta dan 13 juta.

Melalui ciri mod motosikal Google Maps, ia dapat membantu pengguna untuk menganggarkan masa perjalanan yang lebih tepat berdasarkan model-model pembelajaran mesin yang mencerminkan kelajuan menunggang dan juga mengemudi berasaskan mercu tanda.

Kalau sebelum ini, pengemudian pengguna memerlukan mereka mengikuti setiap langkah perjalanan sambil memerhatikan skrin, tetapi untuk mod motosikal, arahan diberikan berdasarkan mercu tanda di kawasan laluan bagi membantu penunggang untuk membuat perancangan pra perjalanan supaya dapat mencari dan mengingati laluan.

Pengguna boleh mengemaskini aplikasi Google Maps untuk mendapatkan ciri baharu ini.

http://www.astroawani.com/berita-teknologi/google-maps-kini-bantu-penunggang-motosikal-rancang-perjalanan-179093
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA