Update 05:01 date 16/07/2018
TEKNOLOGI | 02 Jul, 2018 | 14:18

Grab perkenal 4 perkhidmatan dalam satu aplikasi

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata syarikat itu dalam usaha menghasilkan aplikasi harian pengguna Malaysia selain sebagai sumber penambahan pendapatan. -Foto BERNAMA PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab memperkenalkan empat jenis perkhidmatan dalam satu aplikasi telefon pintar iaitu GrabCar, GrabPay, GrabExpress dan GrabFood. Menurut Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata tawaran tersebut dilakukan […]

Grab perkenal 4 perkhidmatan dalam satu aplikasi

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata syarikat itu dalam usaha menghasilkan aplikasi harian pengguna Malaysia selain sebagai sumber penambahan pendapatan. -Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab memperkenalkan empat jenis perkhidmatan dalam satu aplikasi telefon pintar iaitu GrabCar, GrabPay, GrabExpress dan GrabFood.

Menurut Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata tawaran tersebut dilakukan bagi terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan sebelum ini selain membuka peluang baru bagi rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan.

“Kami bermula dengan memberikan perkhidmatan berdasarkan keperluan lokaliti iaitu akses kepada pengangkutan.

“Dalam masa yang sama, kami juga melihat ia sebagai satu peluang untuk menambah pendapatan hidup bagi rakyat Malaysia menerusi aplikasi e-hailing ini,” kata Goh.

Aplikasi terbaru tersebut seiring dengan visi terbaru Grab dalam usaha menghasilkan aplikasi harian pengguna Malaysia.

“Kami sekarang dalam fasa memperkasa bandar pintar menerusi perkhidmatan kami yang saling berhubung sekaligus memudahkan urusan seharian di antara pengguna dan pelanggan Grab,” jelas Goh lagi selepas taklimat bertajuk Hala Tuju Grab di pejabat Grab Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, bagi perkhidmataan GrabFood sudah boleh boleh digunakan tetapi setakat ini hanya dibeberapa kawasan iaitu Sri Hartamas, Bangsar, Mont Kiara dan Bukit Damansara. Manakala, GrabPay bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Syarikat Grab sudah berjaya menapak di 27 kawasan dalam Malaysia selain 209 kawasan di lapan negara Asia antaranya Cambodia, Thailand dan Indonesia.

Terdahulu, perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab merupakan salah satu pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang selepas Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan pada Julai 2017.

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/grab-perkenal-4-perkhidmatan-dalam-satu-aplikasi-175826
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA