Update 17:16 date 19/07/2018
SUKAN | 10 Jul, 2018 | 08:00

‘Habiskan’ Perak malam ini, JDT bakal jadi juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut

KREDIT FOTO: JST JOHOR Darul Ta’zim berpeluang menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut jika berjaya menewaskan Perak di Stadium Ipoh malam ini. Ketua jurulatihnya, Raul Longhi berkata, semua pemain menyedari peluang terbaik bergelar juara lebih awal itu, namun mereka perlu bekerja lebih keras memandangkan Perak mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri. “Ia akan menjadi […]

KREDIT FOTO: JST

JOHOR Darul Ta’zim berpeluang menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut jika berjaya menewaskan Perak di Stadium Ipoh malam ini.

Ketua jurulatihnya, Raul Longhi berkata, semua pemain menyedari peluang terbaik bergelar juara lebih awal itu, namun mereka perlu bekerja lebih keras memandangkan Perak mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Ia akan menjadi perlawanan istimewa bagi kami kerana kami mempunyai peluang untuk bergelar Juara Liga Super untuk kali kelima berturut-turut sekiranya kami memenangi perlawanan ini. Para pemain juga sedar akan situasi ini.

“Tapi, perlawanan ini mungkin akan memberi sedikit kelebihan buat pasukan Perak kerana beraksi di halaman sendiri. Oleh itu kami perlu memberikan komitmen sebanyak 120 peratus kerana pasukan Perak semestinya akan memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.

“Semestinya saya akan menurunkan barisan kesebelasan utama yang terbaik dengan pemain yang berada dalam keadaan fizikal terbaik selain, kami perlu mempunyai mentaliti yang kuat dan perlu memenangi perlawanan ini,” katanya di laman rasmi kelab.

Mengulas lanjut pertemuan itu, Longhi mengesahkan pemainnya berada dalam keadaan baik memandangkan mereka mempunyai masa yang panjang untuk berlatih dan bersedia menghadapi perlawanan ini.

“Hanya Aidil yang masih mengalami kecederaan buat masa ini, namun beliau boleh memulakan sesi latihan pada minggu hadapan.

“Apa yang mahu saya katakan kepada para penyokong kami berkenaan perlawanan ini adalah, saya memberi jaminan bahawa para pemain akan memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini. Para pemain kini berada dalam keadaan positif dengan semangat juang yang tinggi untuk membawa pulang kemenangan untuk anda semua,” katanya lagi.

Untuk rekod, JDT kini berkelebihan 14 mata berbanding Perak yang berada di tangga kedua Liga Super.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/habiskan-perak-malam-ini-jdt-bakal-jadi-juara-liga-super-buat-kali-kelima-berturut-turut/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA