Update 00:18 date 21/07/2018
HIBURAN | 12 Jul, 2018 | 12:04

Hanya bertahan 20 tahun, Armin ceraikan Ziana talak satu

Ziana Zain DIKEMAS KINI SHAH ALAM: Kemelut rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik nokhtah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada petang Khamis. Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Peguam yang mewakili Ziana, Yusfa Hanis Yussoff […]

Ziana Zain

DIKEMAS KINI

SHAH ALAM: Kemelut rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik nokhtah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada petang Khamis.

Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Peguam yang mewakili Ziana, Yusfa Hanis Yussoff ketika ditemui berkata, mereka sepatutnya hadir ke mahkamah bagi proses pelantikan hakam keluarga bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah lama saya maafkan dia” – Ziana Zain

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahulah nasib kau nanti Allah balas!” – Teguran Ziana buat Armin

Bagaimanapun katanya, Armin selaku defendan kes itu memaklumkan bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana sebelum prosiding bermula.

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain.

Gambar kenangan Armin dan Ziana Zain.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah dalam dunia hiburan negara pada ketika itu kerana ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Malah majlis pernikahan itu juga turut dibuka kepada peminat untuk sama-sama meraikannya.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/12/ziana-talak-satu
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA