Beliau yang menang tanpa bertanding pada Kongres Pafa ke-60 hari ini menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden Pafa diisi oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Bola Sepak Kuala Kangsar, Datuk Adly Shah Ahmad Tah apabila turut diumum sebagai menang tanpa bertanding.

Tiga jawatan Naib Presiden Pafa yang dipertandingkan pula masing-masing dimenangi oleh Datuk Muhammad Yadzan Mohammad, Abdul Aziz Yeop Jamaludin dan Datuk G. Irudianathan. – UTUSAN ONLINE