Update 11:06 date 16/08/2018
SUKAN | 19 Jul, 2018 | 09:06

Hotspur perkenal kit baharu musim 2018/19

TOTTENHAM Hotspur memperkenalkan kit tuan rumah dan tempat lawan terbaharu bagi muim 2018/19. Lebih bermakna set jersi baharu ‘home’ itu bakal dipakai buat kali pertama ketika menentang Liverpool di stadium baharu 15 September ini. Pengenalan kit baharu itu dibuat menerusi video berdurasi 104 saat yang memfokuskan kejayaan projek White Hart Lane dengan penaja utama kit, […]

TOTTENHAM Hotspur memperkenalkan kit tuan rumah dan tempat lawan terbaharu bagi muim 2018/19.

Lebih bermakna set jersi baharu ‘home’ itu bakal dipakai buat kali pertama ketika menentang Liverpool di stadium baharu 15 September ini.

Pengenalan kit baharu itu dibuat menerusi video berdurasi 104 saat yang memfokuskan kejayaan projek White Hart Lane dengan penaja utama kit, Nike yang turut perkenalkan ‘tagline’ Built to Rise di kawasan utama stadium.

Penyerang Harry Kane, Dele Alli, Christian Erkisen dan Son Heung-min tampil dengan kit baharu di badan mereka.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/07/19/kit-spurs
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA