Update 23:44 date 22/07/2018
HIBURAN | 03 Jul, 2018 | 11:00

“Ibu tak masuk baby spa sayang sebab itu tak pandai berenang” – Siti Nurhaliza

Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah yang cuba untuk mengikut rentak irama ‘Comel Pipi Merah’ dendangan ibunya semasa berenang. GELAGAT comel puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yang sedang berenang berjaya mencuri perhatian netizen. Menerusi entri di Instagram (IG), Siti berkongsi video gelagat Afiah ketika berada di spa bayi. “Dulu ibu tak ada masuk baby […]

"Ibu tak masuk baby spa sayang sebab itu tak pandai berenang" - Siti Nurhaliza

Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah yang cuba untuk mengikut rentak irama ‘Comel Pipi Merah’ dendangan ibunya semasa berenang.

GELAGAT comel puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yang sedang berenang berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti berkongsi video gelagat Afiah ketika berada di spa bayi.

“Dulu ibu tak ada masuk baby spa sayang, sebab tu ibu tak pandai berenang (kena pakai pelampung). Now ibu nak anak ibu pandai berenang. 

“Bagus untuk kesihatan dan tumbesaran anak ibu,” tulisnya.
 

 

Dulu ibu takde masuk baby spa sayang.. sebab tu ibu tak pandai berenang..

Rata-rata memuji kecomelan Aafiyah yang cuba untuk mengikut rentak irama ‘Comel Pipi Merah’ dendangan ibunya semasa berenang.

“@norsham.azu.khair: Macam saya juga. Dah dewasa baru belajar berenang sambil pasang niat, anak-anakku kelak akan ku ajar berenang sejak bayi.”

“@afiq_aryen: Comelnyaa. Semoga Siti Aafiyah suatu hari nanti akan jadi anak yang solehah baik budi perkerti. Pandai je Aafiyah berenang sambil ikut muzik yang dinyanyikan oleh ibu.”

“@sweety.pink2698: Comelnya Siti Aafiya berenang. Senyum je memanjang.”

“@bondazarrarayscha: Aafiyah tak takut Air. Muka relax je. Comel je dia berenang sambil diiringi oleh nyanyian Datuk Siti.”

Bayi sulung pasangan Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa dilahirkan pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta ibu kota secara pembedahan. – Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ibu-tak-masuk-baby-spa-sayang-sebab-itu-tak-pandai-berenang-siti-nurhaliza-179524
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA