Menterinya, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.

“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, (Datuk Seri) Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan (Datuk Dr.) Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

“Dalam Pakatan Harapan, kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dalam manifesto yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Pendidikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee memberitahu, kementerian tidak akan membuat pusing u atau flip-flop dalam apa juga polisi yang akan dijalankan.

Ditanya berapa lama UEC akan diiktiraf, Maszlee dengan berseloroh mengatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa selama 60 tahun seperti BN. – UTUSAN ONLINE