Iktiraf UEC tidak belakangkan dasar pendidikan negara
Anwar Ibrahim

Walau bagaimanapun kata Anwar, ketetapan utama seperti soal bahasa Melayu sebagai tunjang tidak boleh ditolak ansur dalam apa jua keadaan.

“Kita boleh pertimbang apa jua pun seperti mana wujudnya sekolah Arab yang boleh diiktiraf, tetapi kita tidak boleh abaikan bahasa Melayu dan penguasaan bahasa itu dalam mana sistem pun,†katanya dalam program AI melalui Skype di Astro Awani, semalam.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Masz­lee Malik berkata, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tegas beliau, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat ‘flip-flop’ dalam perkara itu.

Mengulas lanjut, Anwar percaya, Maszlee cukup berwibawa untuk menyelaraskan segala perkara berbangkit berhubung isu tersebut.

“Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

“Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini (UEC) boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,†katanya.-UTUSAN ONLINE