Update 14:03 date 18/07/2018
BERITA | 12 Jul, 2018 | 09:00

Instagram Aizat Amdan jadi akaun kelapan yang diikuti Tun Dr Mahathir

Lagu Aizat, ‘Harapan Jadi Nyata’ turut dijadikan muzik latar ucapan penghargaan Tun Dr Mahathir sempena ulang tahun beliau yang ke-93. – Instagram KUALA LUMPUR: Jika anda menjadi follower atau pengikut di Instagram Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial, pastinya anda adalah antara orang yang paling bertuah jika Perdana Menteri itu mengikuti anda semula di laman sosial […]

Instagram Aizat Amdan jadi akaun kelapan yang diikuti Tun Dr Mahathir

Lagu Aizat, ‘Harapan Jadi Nyata’ turut dijadikan muzik latar ucapan penghargaan Tun Dr Mahathir sempena ulang tahun beliau yang ke-93. – Instagram

KUALA LUMPUR: Jika anda menjadi follower atau pengikut di Instagram Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial, pastinya anda adalah antara orang yang paling bertuah jika Perdana Menteri itu mengikuti anda semula di laman sosial itu.

Mungkin tuah bagi penyanyi dan komposer, Aizat Amdan kerana Tun Dr Mahathir sudi menjadi pengikutnya.

Lagu Aizat, Harapan Jadi Nyata sebelum itu turut dijadikan muzik latar ucapan penghargaan Tun Dr Mahathir kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sempena ulang tahun beliau yang ke-93.

Aizat menjadi artis kedua diikuti Tun Dr Mahathir di Instagram selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Kira-kira 1.4 juta menjadi pengikut di Instagram @chedetofficial dan hanya lapan diikuti semula Tun Dr Mahathir di Instagram.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/instagram-aizat-amdan-jadi-akaun-kelapan-yang-diikuti-tun-dr-mahathir-180267
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA