Update 15:22 date 20/09/2018
TEKNOLOGI | 02 Jul, 2018 | 12:22

Instagram lancar IGTV, bakal bersaing dengan YouTube

Systrom ketika mengumumkan IGTV dalam satu acara di San Francisco. – Foto AP Newsroom INSTAGRAM bakal beri saingan kepada aplikasi penstriman video YouTube. Dalam satu acara di San Francisco, Instagram mengumumkan akan menawarkan ciri baharu dalam aplikasinya di mana pengguna boleh memuatnaik video berdurasi satu jam, berbanding had satu minit sebelum ini. Selain itu, sebagai […]

Instagram lancar IGTV, bakal bersaing dengan YouTube

Systrom ketika mengumumkan IGTV dalam satu acara di San Francisco. – Foto AP Newsroom

INSTAGRAM bakal beri saingan kepada aplikasi penstriman video YouTube.

Dalam satu acara di San Francisco, Instagram mengumumkan akan menawarkan ciri baharu dalam aplikasinya di mana pengguna boleh memuatnaik video berdurasi satu jam, berbanding had satu minit sebelum ini.

Selain itu, sebagai platform menempatkan video lebih lama ini daripada kalangan pencipta kandungan dan pengguna, Instagram turut melancarkan IGTV.

Apa itu IGTV? - Instagram

IGTV boleh diakses melalui butang di paparan utama aplikasi Instagram sedia ada serta mempunyai aplikasi tersendiri yang boleh dimuat turun di Apple Store untuk peranti iOS dan Google PlayStore untuk peranti Android.

IGTV akan menawarkan kandungan video popular dalam bentuk menegak daripada selebriti Instagram.

Sesiapa sahaja boleh menerbitkan kandungan di IGTV, selain untuk pengguna yang ingin menonton sahaja, pengguna akan disajikan dengan kandungan yang dicadangkan bersama-sama kandungan daripada rakan-rakan yang anda ikuti di Instagram.

Paparan utama Instagram

Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom berkata, sudah tiba masanya untuk video bergerak maju ke hadapan dan berkembang lapor Reuters.

 

From our CEO @kevin: “Today, we have two big announcements to share. First, Instagram is now a global community of one billion! Since our launch in 2010, we’ve watched with amazement as the community has flourished and grown. This is a major accomplishment — so from all of us at Instagram, thank you! Second, we’re announcing our most exciting feature to date: IGTV, a new app for watching long-form, vertical video from your favorite Instagram creators, like LaurDIY (@laurdiy) posting her newest project or King Bach (@kingbach) sharing his latest comedy skit. While there’s a stand-alone IGTV app, you’ll also be able to watch from within the Instagram app so the entire community of one billion can use it from the very start. IGTV is different in a few ways. First, it’s built for how you actually use your phone, so videos are full screen and vertical. Also, unlike on Instagram, videos aren’t limited to one minute. Instead, each video can be up to an hour long. We made it simple, too. Just like turning on the TV, IGTV starts playing as soon as you open the app. You don’t have to search to start watching content from people you already follow on Instagram and others you might like based on your interests. You can swipe up to discover more — switch between “For You,” “Following,” “Popular” and “Continue Watching.” You can also like, comment and send videos to friends in Direct. Also like TV, IGTV has channels. But, in IGTV, the creators are the channels. When you follow a creator on Instagram, their IGTV channel will show up for you to watch. Anyone can be a creator — you can upload your own IGTV videos in the app or on the web to start your own channel. Instagram has always been a place to connect with the people who inspire, educate and entertain you every day. With your help, IGTV begins a new chapter of video on Instagram. We hope it brings you closer to the people and things you love. IGTV will be rolling out globally over the next few weeks on iOS and Android.

A post shared by Instagram (@instagram) on

Jun 20, 2018 at 11:10am PDT

“IGTV adalah seumpa televisyen – di mana video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

Paparan utama IGTV

“Ia direka untuk memudahkan pencarian dan tontonan kandungan video di telefon bimbit. Kebanyakan aplikasi memerlukan anda membuat pencarian dalam direktori, tetapi tidak untuk televisyen, di mana anda boleh terus menonton sebaik menghidupkannya.

“Begitu juga dengan IGTV, video akan terus dimainkan apabila anda membuka aplikasi berkenaan,” katanya.

Paparan utama IGTV

 

http://www.astroawani.com/berita-teknologi/instagram-lancar-igtv-bakal-bersaing-dengan-youtube-178520
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA