Update 11:54 date 22/09/2018
BERITA | 14 Sep, 2018 | 22:00

Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular – Rais Yatim

RAIS: “Biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi.” SHAH ALAM: “Sekerat belut sekerat ular,” itu sindiran bekas menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim susulan melihat iklan akhbar hari ini menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai. Rais yang berkongsi pendapatnya itu melalui laman Twitter peribadinya berkata, sememangnya perlu menerima hakikat bahasa […]

Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim

RAIS: “Biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi.”

SHAH ALAM: “Sekerat belut sekerat ular,” itu sindiran bekas menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim susulan melihat iklan akhbar hari ini menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai.

Rais yang berkongsi pendapatnya itu melalui laman Twitter peribadinya berkata, sememangnya perlu menerima hakikat bahasa (Bahasa Melayu) itu tidak statik dan berubah mengikut peredaran zaman.

Bagaimanapun menurutnya, biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi.

“Iklan akhbar hari ini.  Nangis.. nangis lagilah pencinta bahasa… dah dibuat pulak istilah ‘tehgether’ dalam iklan ini susulan ‘ngeteh’ dan ‘ngopi’.

“Kita terima hakikat bahasa itu tak statik. Ia berubah ikut zaman. Tapi ubahlah kepada yang lebih elok. Tolong jangan sekerat belut sekerat ular,” katanya, hari ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-bahasa-iklan-sekerat-belut-sekerat-ular-rais-yatim-185640
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA