Update 18:17 date 21/09/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 01:04

Jangan gusar lantikan bukan Islam dalam badan kehakiman – Amanah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengurniakan Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Tan Sri Richard Malanjum di Istana Negara, Kuala Lumpur, 11 Julai, 2018. –fotoBERNAMA / Fail SHAH ALAM: Orang Islam di negara ini dinasihati agar tidak gusar dengan pelantikan tiga individu bukan Islam dalam badan kehakiman sambil meletakkan keyakinan penuh terhadap kerajaan. […]

Jangan gusar lantikan bukan Islam dalam badan kehakiman - Amanah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengurniakan Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Tan Sri Richard Malanjum di Istana Negara, Kuala Lumpur, 11 Julai, 2018. –fotoBERNAMA / Fail

SHAH ALAM: Orang Islam di negara ini dinasihati agar tidak gusar dengan pelantikan tiga individu bukan Islam dalam badan kehakiman sambil meletakkan keyakinan penuh terhadap kerajaan.

Naib Presiden Parti Amanah, Dr Hasan Baharom berkata, rakyat wajar mengambil kira isu senioriti individu berkenaan dalam bidang tersebut berbanding hanya memikirkan tugas dan tanggungjawab penting perlu diterajui orang Melayu.

Menurutnya, kebimbingan rakyat ini boleh diatasi dengan meletakkan kepercayaan kepada kerajaan yang mempunyai kawalan-kawalan tertentu berhubung pelbagai isu.

“Kita melihat kepada yang pertamanya, senioriti, yang berhak diberi keutamaan. Kalau dia berhak, walaupun dia bukan Islam, tetapi dia rakyat Malaysia yang patuh dan taat kepada Perlembagaan, tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.

“Sampai bila kita nak masyarakat kita hidup dalam perkauman? Jangan ingat orang Melayu sahaja boleh mentadbir dan mengurus. Orang lain (bukan Melayu) pun boleh. Perkara seperti ini menyebabkan kita tidak boleh menyelesaikan masalah kaum, walaupun telah merdeka 60 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan pada Khamis melahirkan keresahan susulan pelantikan tiga figura mengepalai sektor kehakiman di negara ini.

Beliau mempersoalkan apakah masih ada harapan rakyat, khususnya umat Islam, untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini, khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

Merujuk pelantikan Datuk Liew Vui Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal undang-undang), Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Pas menyifatkan tiga serangkai itu sangat membimbangkan umat Islam.

Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan, rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu, sebelum ini dilihat mempunyai corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam.

Mengulas perkara tersebut, Hasan bagaimanapun tidak menolak wujud kebimbangan mengenai isu berkenaan, namun beliau memohon rakyat agar lebih rasional dari sudut kenegaraan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-gusar-lantikan-bukan-islam-dalam-badan-kehakiman-amanah-180345
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA