BAGI Melly, 35, aktiviti hitamnya bukan untuk penyedap semata-mata.

Sebaliknya kerana terpaksa bagi mencari sumber pendapatan.

Mengakui perkara itu salah, Melly berkata dia tiada jalan lain meraih pendapatan kerana diskriminasi terhadap golongan sepertinya.

“Awak ingat I (saya) gembira ke jumpa orang yang bermacam-macam setiap hari?.

“I percaya tiada siapa mahu kerja seperti ini. Kami terdesak untuk mencari pendapatan,” katanya.

Menyambut baik apa yang akan dilakukan oleh kerajaan, Melly mengharapkan ia satu lembaran baharu buat dirinya.

Dia juga mengharapkan apa yang diperkatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu bukan sekadar rancangan semata-mata.

“Bagi I, ia satu cadangan yang baik. I tiada masalah dan pastinya tidak ada sesiapa pun yang tidak mahu benda yang baik,†katanya.