Update 15:56 date 20/07/2018
HIBURAN | 13 Jul, 2018 | 00:02

Jangan nak mengeluh kalau skrip tak bagus – Shukri Yahaya

Sebagai pelakon, Shukri tidak boleh memilih watak dan skrip. PELAKON Shukri Yahaya memberitahu sebagai seorang pelakon, dia tidak boleh mementingkan diri dan mengeluh dengan tawaran skrip jalan cerita yang sama. Shukri atau nama sebenarnya Muhd Shukri Yahaya, 30, berkata dia perlu mengikut permintaan penonton yang gemar menonton drama seperti itu. “Saya tahu ada pelakon yang […]

Sebagai pelakon, Shukri tidak boleh memilih watak dan skrip.

PELAKON Shukri Yahaya memberitahu sebagai seorang pelakon, dia tidak boleh mementingkan diri dan mengeluh dengan tawaran skrip jalan cerita yang sama.

Shukri atau nama sebenarnya Muhd Shukri Yahaya, 30, berkata dia perlu mengikut permintaan penonton yang gemar menonton drama seperti itu.

“Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kita sebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen.

“Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja. Memang kalau ikutkan kebanyakkan drama jalan cerita yang sama.

“Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri,” kata Shukri kepada mStar Online.


Shukri Yahaya.

Shukri kerap melakonkan watak utama dalam drama Melayu yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Tambah pelakon drama bersiri Andainya Takdir 2 ini, seseorang pelakon itu juga perlu melakukan sesuatu kepada watak yang diterima untuk menampilkan kelainan.

“Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai.

“Walaupun skrip yang sama, apa yang berbezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut.

“Itu yang kita kena buat supaya penonton nampak kelainan pada watak itu,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Aiman Hakim pernah meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakkan skrip drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama iaitu berkisahkan cinta.

Motor berkuasa tinggi milik Shukri.

Dalam pada itu, Shukri sekali lagi dipilih untuk program Toyota Gazoo Racing musim kedua.

Menurut Shukri, biarpun dia sudah menceburi bidang perlumbaan kereta namun minatnya kepada motor berkuasa tinggi tidak pernah padam.

“Saya memang suka perlumbaan terutamanya lumba motor berkuasa tinggi. Bila dapat tawaran untuk sertai perlumbaan kereta ini, saya rasa teruja.

“Tapi macam mana pun, minat untuk menunggang motor berkuasa tinggi tetap ada,” katanya.

Shukri juga mempunyai sebuah motor berkuasa tinggi dan paling jauh dia menunggang motor itu ke Hatyai, Thailand.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/13/shukri-yahaya
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA