Update 21:31 date 15/08/2018
BERITA | 15 Jul, 2018 | 10:00

Jawatankuasa siasat kematian peserta PD International Triathlon

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga, kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Bomba Negeri Sembilan Norazam Khamis (dua, kiri) ketika melawat lokasi kejadian membabitkan peserta Yuen Chi Yuen, 41, yang hilang. – Foto Bernama PORT DICKSON: Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian seorang peserta Port Dickson International Triathlon. Menteri Belia […]

Jawatankuasa siasat kematian peserta PD International Triathlon

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga, kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Bomba Negeri Sembilan Norazam Khamis (dua, kiri) ketika melawat lokasi kejadian membabitkan peserta Yuen Chi Yuen, 41, yang hilang. – Foto Bernama

PORT DICKSON: Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian seorang peserta Port Dickson International Triathlon.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Lokman Hakim Ali.

“Jawatankuasa ini akan melihat sekiranya berlaku apa-apa yang bercanggah atau yang tidak dipenuhi dari segi undang-undang dan kami akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata siasatan itu juga akan melihat dari segi keselamatan oleh pihak penganjur Port Dickson International Triathlon termasuk kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Sebab itu kena tunggu keputusan jawatankuasa sebab kita kena tengok kalau ada apa-apa syarat yang tidak dipenuhi dan kalau tiada akan ada tindakan susulan… tapi perlu adakan dahulu jawatankuasa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Thram Wei Wong, 39, yang lemas ketika menyertai acara renang pada kejohanan Port Dickson International Triathlon, pagi ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa kira-kira 25 minit mendengar taklimat dan menziarah keluarga terdekat Thram di unit forensik Hospital Port Dickson (HPD).

Beliau kemudian turut meninjau lokasi kejadian sambil diiringi Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jawatankuasa-siasat-kematian-peserta-pd-international-triathlon-180537
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA