Update 08:50 date 20/07/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 02:02

Jho Low dipercayai guna pasport kepulauan Caribbean

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali. “Mengenai Jho Low tentunya kita bekerjasama dengan pihak polis. Pasport (Malaysia) dia kita dah batalkan pada 15 Jun (lepas) atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia […]

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

“Mengenai Jho Low tentunya kita bekerjasama dengan pihak polis. Pasport (Malaysia) dia kita dah batalkan pada 15 Jun (lepas) atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kita percaya dia telah menggunakan pasport satu lagi iaitu Saint Kitts and Nevis untuk perjalanan yang lain,” katanya kepada Bernama dan NSTP di Menara Ilham, Khamis.

Negara yang dinamakan itu terletak di kepulauan Caribbean.

Ditanya tentang sejauh mana ahli perniagaan itu mampu bergerak menggunakan pasport tersebut, beliau berkata ia ‘bergantung’.

Mustafar turut menegaskan pihaknya tidak ada maklumat lanjut dan menunggu perkembangan seterusnya daripada polis.

Menurut laporan media, pasukan Polis Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah keluar dipercayai ke Macau.- Bernama

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/13/jho-low-pasport
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA