Jurucakap kerajaan, Jumana Ghanimat berkata, bantuan itu termasuk makanan dan air minuman dengan bantuan diagih­kan ke wilayah Daraa melalui bandar Ramtha di Jordan.

Disokong tentera udara Rusia, tentera Syria pada 19 Jun lalu melancarkan serangan di kawasan pemberontak di Daraa.

Jumana berkata, tujuan bantuan itu adalah bagi membantu penduduk Syria yang melarikan diri dengan bantuan asas yang diperlukan mereka.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya meningkatkan usaha mencari penyelesaian dalam konflik Syria.

Sekurang-kurangnya 650,000 pelarian Syria telah berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jordan sejak perang saudara tercetus tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya lapan bandar yang dikuasai pemberontak di selatan negara itu kembali ke ta­ngan tentera Syria di bawah perjanjian ditaja Rusia, ketika serangan udara meragut sekurang-kurangnya 15 orang awam.

Setakat semalam, tentera kerajaan menguasai lebih separuh daripada Daraa.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria menjelaskan, sebanyak lapan bandar dikembalikan kepada penguasaan kerajaan di bawah perjanjian itu. – AFP