MAXIMUS ONGKILI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, tawaran harga bagi pembelian Splash sepatutnya dibuat oleh kerajaan PKR Selangor.

“Tawaran berdasarkan prinsip menang-menang sudah digunakan sejak sekian lama oleh kerajaan negeri Selangor, oleh itu tiada sebab mengapa prinsip terbabit tidak boleh digunakan untuk pembe­lian Splash.

“Sekiranya hal ini tidak dimuktamadkan, Kerajaan Persekutuan akan meneliti kuasa-kuasa yang ada termasuk menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atas dasar kepentingan negara,†katanya.

Beliau berkata demi­kian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung usaha kerajaan Pusat dalam penyusunan penstruktu­ran semula industri air bagi menyelesaikan krisis air di Selangor.

Maximus turut menyuarakan kebimbangan kerana usaha memuktamadkan perjanjian akhir itu sudah memakan masa bertahun-tahun sehingga menyebabkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berlarutan.

Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) seterusnya bangkit mempertahankan kerajaan PKR Selangor dengan meminta kerajaan Pusat memberikan harga cadangan berdasarkan nasihat perunding luar yang digunakan.

Namun, Maximus menjelaskan bahawa perunding luar yang digunakan oleh kerajaan Pusat adalah untuk tujuan penilaian harga dan bukan bagi kegunaan kerajaan PKR Selangor.

“Kalau kamu mahu berkahwin dengan seseorang, adakah mahu orang tengah yang tentukan harga. Kerajaan Pusat menggunakan perunding luar sebagai harga rujukan sahaja,†katanya.