SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
SYED MOHD. JOHAN RIZAL

Ketuanya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, jika perlu pelaksanaan semula SST perlu ditangguhkan supaya kajian tanpa prejudis kerana dibimbangi hanya memberi kesan buruk kepada pengguna dan ekonomi negara.

“Merujuk kepada pengakuan Menteri Kewangan, Lim Guan Enga yang sendiri mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih telus maka kajian perlu dilakukan tanpa penglibatan politik. Seandainya SST didapati merupakan sistem cukai lapuk maka apa salah dilaksanakan semula GST.

“Melihat kepada reaksi pasaran yang agak berhati-hati tentang cadangan melaksanakan kembali SST dengan kadar enam peratus cukai perkhidmatan dan 10 peratus cukai jualan serta bantahan pengguna kerana kadar yang tinggi, Pemuda Alor Setar berpendapat jalan terbaik kerajaan adalah tangguh dahulu,†katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Syed Mohd. Johan Rizal, SST dilihat membuka peluang kepada manipulasi harga sekaligus menjurus kepada ketirisan hasil kepada kerajaan.

“Kenyataan Menteri Kewangan yang turut menyifatkan kekurangan hasil kutipan SST sebanyak RM23 bilion berbanding kutipan GST adalah bermanfaat kepada rakyat boleh disifatkan salah sama sekali kerana hanya peniaga yang mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem cukai lapuk tersebut.

“Saya berharap walaupun janji pilihan raya (menghapuskan GST) dan bersifat populis, kerajaan perlu berlapang dada mengakui kesilapan mereka dalam memainkan isu percukaian ini dan tidak hanya untuk mendapat ‘laba’ politik semata-mata,†ujarnya. – UTUSAN ONLINE