Update 11:03 date 16/08/2018
SUKAN | 16 Jul, 2018 | 04:02

‘Kalah bukan kerana kami tak bagus’ – Modric

Modric tetap bangga dengan persembahan mereka ketika melawan Perancis KAPTEN Croatia, Luka Modric menganggap kekalahan 2-4 kepada Perancis dalam aksi final Piala Dunia malam tadi bukan disebabkan mereka tidak beraksi dengan bagus. Sebaliknya, dia merasakan pasukannya cuma tidak bernasib baik dalam perlawanan itu. “Bukan saya seorang, tapi semua orang juga fikir begitu. Semua orang merasakan […]

Modric tetap bangga dengan persembahan mereka ketika melawan Perancis

KAPTEN Croatia, Luka Modric menganggap kekalahan 2-4 kepada Perancis dalam aksi final Piala Dunia malam tadi bukan disebabkan mereka tidak beraksi dengan bagus.

Sebaliknya, dia merasakan pasukannya cuma tidak bernasib baik dalam perlawanan itu.

“Bukan saya seorang, tapi semua orang juga fikir begitu. Semua orang merasakan hal yang sama iaitu kami beraksi dengan baik.

“Saya fikir kami adalah pasukan lebih baik tetapi kadang kala pasukan lebih baik tidak semestinya menang,” katanya.

Modric turut menganggap gol kedua Perancis pada minit ke-38 sebagai ‘titik permulaan kegagalan’ mereka, selepas Ivan Perisic kembali memadamkan jaringan sendiri Mario Mandzukic.

Perancis mendahului semula aksi apabila pengadil Nestor Pitana menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk menghadiahkan penalti kerana bola terkena tangan Perisic.

“Kami amat terkejut apabila penalti diberikan, ia bukannya penalti daripada pandangan saya, dan selepas itu kami gagal untuk kembali bangkit,†kata Modric yang turut dipilih sebagai penerima Bola Emas kerana menjadi pemain terbaik kejohanan.

Perancang tengah berusia 32 tahun itu mengakui bangga untuk menerima anugerah berkenaan tetapi begitu berharap memenangi trofi Piala Dunia lagi buat Croatia.

“Saya gembira dengan anugerah ini, tapi saya juga kecewa kerana gagal membantu Croatia muncul juara Piala Dunia,” tambahnya.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kalah-bukan-kerana-kami-tak-bagus-modric/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA