Update 20:37 date 19/09/2018
SUKAN | 20 Aug, 2018 | 03:00

Kami banyak buat silap

  Pogba akui United tidak bermain baik. KAPTEN Manchester United, Paul Pogba mengakui pasukannya melakukan banyak kesilapan ketika tunduk kepada Brighton & Hove Albion 2-3,semalam. Malah, Pogba menyifatkan Brighton bermain jauh lebih baik daripada United selain menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menjaringkan gol. “Kami terpaksa menerima kekalahan ini kerana kami tahu kami telah melakukan […]

 

Pogba akui United tidak bermain baik.

KAPTEN Manchester United, Paul Pogba mengakui pasukannya melakukan banyak kesilapan ketika tunduk kepada Brighton & Hove Albion 2-3,semalam.

Malah, Pogba menyifatkan Brighton bermain jauh lebih baik daripada United selain menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menjaringkan gol.

“Kami terpaksa menerima kekalahan ini kerana kami tahu kami telah melakukan kesilapan.

“Mereka mempunyai keinginan yang lebih daripada kami untuk menang. Pemain United menunjukkan persembahan yang kurang memuaskan.Kami juga membuat kesalahan yang seharusnya tidak dibuat.

“Kami hanya mampu bangkit  pada separuh masa kedua tetapi sudah terlambat untuk mengejar tiga gol itu,” katanya.

Dalam perlawanan itu Glenn Murray , Shane Duffy , dan Pascal Gross masing-masing menjaringkan gol untuk Brighton manakala gol United dijaringkan Romelu Lukaku dan Paul Pogba.

“Kami harus mengubah sikap dan corak permainan kami ini. Perjalanan liga masih jauh dan kami tidak boleh rasa terlalu selesa,” katanya.

 

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kami-banyak-buat-silap/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA