Update 20:37 date 18/10/2018
BERITA | 10 Jul, 2018 | 08:00

Kami sedia pertahankan Amar Singh- KPN

Mohamad Fuzi Harun (tengah) dan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) Tan Sri Hussin Ismail (hadapan tiga, kanan) bergambar bersama perwakilan KPDRM pada Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Tahunan ke-83 hari ini. -Bernama KUALA LUMPUR: Polis bersedia membantah tuduhan bahawa  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh “tidak layak” untuk meneruskan […]

Mohamad Fuzi Harun (tengah) dan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) Tan Sri Hussin Ismail (hadapan tiga, kanan) bergambar bersama perwakilan KPDRM pada Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Tahunan ke-83 hari ini. -Bernama

KUALA LUMPUR: Polis bersedia membantah tuduhan bahawa  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh “tidak layak” untuk meneruskan siasatan 1MDB, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara memberi respon terhadap komen yang dibuat oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mendakwa integriti Amar boleh dipertikaikan dan tidak layak menjadi penasihat kepada pasukan petugas khas 1MDB.

“Beliau (Najib) boleh mengatakan apa yang dia mahu. Kita mesti mengikut proses undang-undang.

“Kami akan menyediakan apa yang perlu untuk menangkis tuduhannya terhadap pegawai yang terlibat,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Tahunan pada Selasa.

Najib memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Syukri Abdull dan Amar berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik  and  Co, bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Dalam samannya terhadap Amar Singh, anggota Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Standard Operasi (SOP).

Pemohon turut mendakwa Amar Singh tidak layak untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyiasatan khas 1MDB selain mendakwa laporan polis telah dibuat secara berasingan terhadap ketiga-tiga responden (Thomas, Mohd Syukri dan Amar Singh). 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/10/kpn-sokong-amar
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA