Update 19:34 date 22/09/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 02:04

‘Kami sudah begitu hampir…’ – Southgate

PENGURUS England, Gareth Southgate memberi tabik hormat kepada anak buahnya selepas tamat perlawanan separuh akhir bertemu Croatia awal pagi semalam. Walaupun tewas 1-2 di masa tambahan dan gagal untuk merebut trofi Piala Dunia tahun ini, namun Southgate menyifatkan skuad kendaliannya telah melangkaui jangkaan apabila berjaya mara hingga ke separuh akhir walaupun ramai meragui kemampuan mereka […]

PENGURUS England, Gareth Southgate memberi tabik hormat kepada anak buahnya selepas tamat perlawanan separuh akhir bertemu Croatia awal pagi semalam.

Walaupun tewas 1-2 di masa tambahan dan gagal untuk merebut trofi Piala Dunia tahun ini, namun Southgate menyifatkan skuad kendaliannya telah melangkaui jangkaan apabila berjaya mara hingga ke separuh akhir walaupun ramai meragui kemampuan mereka pada awalnya.

“Kami berjaya mara sejauh ini dalam tempoh masa yang singkat. Itu satu kejayaan. Kejayaan, jatuh bangun semuanya daripada semangat berpasukan.

“Kami mungkin tewas di separuh akhir, tapi saya merasakan kami tetap beroleh kemenangan dari segi pengalaman yang mana saya rasa itu akan membuatkan kami lebih kuat di masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, Southgate tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya kerana beliau menyifatkan The Three Lions sudah begitu hampir untuk menjadi pasukan terbaik dunia.

“Ianya (kekalahan) sukar untuk diterima. Kami sudah begitu hampir untuk berada di tempat yang pada awalnya disifatkan berada di luar kemampuan kami.

“Tapi kami perlu tinggalkan semuanya di sana. Jika diimbas kepada semua gol dan peluang daripada semua perlawanan yang telah kami lalui, rasanya ia seperti tak masuk akal untuk kami yang hanya melakukan persiapan selama enam atau tujuh minggu. Jadi, kami perlu berbangga walaupun kecewa,” katanya lagi.

Sabtu nanti, England sekali lagi terpaksa berdepan Belgium dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. Untuk rekod, pada aksi terdahulu kumpulan G, England tewas 0-1 di tangan Belgium.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kami-sudah-begitu-hampir-southgate/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA