Update 11:06 date 16/08/2018
SUKAN | 23 Jul, 2018 | 05:10

Karius masih ada tempat di Liverpool – Klopp

JURGEN Klopp mengakui posisi penjaga gol nombor satu Liverpool bakal menjadi milik Alisson Becker yang memecah rekod perpindahan tertinggi penjaga gol di dunia. Oleh sebab itu, nasib dua penjaga golnya sebelum ini, Loris Karius dan Simon Mignolet kini menjadi tanda tanya. Difahamkan Mignolet kini tiada tempat lagi di Anfield dan Klopp sedang berusaha mencari pasukan […]

JURGEN Klopp mengakui posisi penjaga gol nombor satu Liverpool bakal menjadi milik Alisson Becker yang memecah rekod perpindahan tertinggi penjaga gol di dunia.

Oleh sebab itu, nasib dua penjaga golnya sebelum ini, Loris Karius dan Simon Mignolet kini menjadi tanda tanya.

Difahamkan Mignolet kini tiada tempat lagi di Anfield dan Klopp sedang berusaha mencari pasukan yang berminat dengan bekas penjaga gol utamanya itu.

Namun, bercakap mengenai Karius, Klopp menegaskan khidmatnya masih diperlukan The Reds dan beliau masih ada tempat bersama pasukan.

“Tidak dinafikan Alisson merupakan penjaga gol bertaraf dunia. Adakah dia akan menjadi penjaga gol utama? Sudah tentu! Dia penjaga gol utama Brazil selain soal harga juga melayakkan beliau menduduki posisi nombor satu itu.

“Bila Alisson sudah bersedia dia akan menjadi benteng terakhir kami dan saya berharap semua dapat membantunya untuk menjadi antara yang terbaik.

“Tetapi sebelum sampai ke tahap itu, kami memerlukan khidmat Karius kerana beliau penjaga gol yang luar biasa. Dia pernah membuktikannya sebelum ini dan saya yakin dia akan bergandingan dengan baik bersama Alisson,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/karius-masih-ada-tempat-di-liverpool-klopp/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA