Update 16:51 date 19/07/2018
BERITA | 02 Jul, 2018 | 04:08

Kelantan tetap tunggu Lopes

Kafa optimis Lopes akan menyarung jersi pasukan setelah menandatangani MoU. MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD KELANTAN optimis penyerang kelahiran Brazil, Bruno Lopes akan menyarung jersi pasukan itu setelah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Keyakinan tersebut bersandarkan persetujuan awal Lopes untuk menyertai The Red Warriors biarpun kelab asalnya, Persija Jakarta dikatakan […]

Kafa optimis Lopes akan menyarung jersi pasukan setelah menandatangani MoU.

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

KELANTAN optimis penyerang kelahiran Brazil, Bruno Lopes akan menyarung jersi pasukan itu setelah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Keyakinan tersebut bersandarkan persetujuan awal Lopes untuk menyertai The Red Warriors biarpun kelab asalnya, Persija Jakarta dikatakan berhasrat mengekalkan semula khidmat penyerang berusia 31 tahun itu.   

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Husin Deraman berkata, tidak timbul soal mungkir janji selepas ejen Lopes memberi jaminan kedatangan pemain itu sendiri, dalam masa terdekat. 

“Kafa sudah hubungi ejennya malam tadi (kelmarin), dia kata sah akan tiba ke Kota Bharu pada 2 Januari ini malah turut meminta kita beli tiket penerbangan tambahan untuk isteri dan anak Lopes.   

“Jadi saya yakin Lopes akan datang, kita pegang pada perjanjian MoU itu, tiket pun dah beli dan sekarang jadi kita ambil pendekatan tunggu dan lihat dalam perkara ini,†katanya kepada Sukan Sinar sebentar tadi.

Portal media di Indonesia melaporkan kemungkinan Bruno bakal disambung semula kontrak dengan kelab sedia ada.

Sebuah portal media di Indonesia dua hari lalu melaporkan, kelab dalam Liga 1 itu tidak menolak kemungkinan menyambung semula kontrak Lopes setelah menyingkirkan seorang lagi pemain import, Reinaldo Elias da Costa akibat kecederaan serius.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan kemungkinan skuad pantai timur berdepan risiko kehilangan Lopes memandangkan MoU yang ditandatangani sebelum ini adalah satu opsyen sahaja sebelum ikatan perjanjian sebenar dimeterai kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Kelantan sedang mengintai tiga awang import baharu bagi mengisi kuota Asean selepas gagal mendapatkan peneyrang kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain berkenaan dari Singapura, Indonesia dan Vietnam yang kini dalam penilaian ketua jurulatih, Sathit Bensoh.

“Mungkin satu dua hari lagi kita akan tahu pemain import itu. Apa yang pasti bukan Mohamad Khairul Amri Mohd Kamal (penyerang kebangsaan Singapura), dia tak ada dalam radar Kelantan.

“Kita perlu lebih teliti, tak boleh ambil pemain import Asean tetapi tarafnya sama dengan pemain tempatan kerana ia akan merugikan pasukan,†katanya. 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kelantan-tetap-tunggu-lopes/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA