Update 00:18 date 21/07/2018
HIBURAN | 12 Jul, 2018 | 09:06

Kenapa Erra Fazira padam video Tik Tok dengan Shahir?

TINDAKAN pelakon Erra Fazira memadam rakaman video muzik yang dilakukan bersama Shahir di aplikasi Tik Tok mengundang pertanyaan peminat. Menurut Erra, dia mengambil keputusan menurunkan video tersebut kerana tidak mahu timbul salah faham dalam kalangan netizen. “Sebenarnya tak ada apa pun, saya baru guna Tik Tok, saja suka-suka buat video tu dan ingatkan nak simpan […]

TINDAKAN pelakon Erra Fazira memadam rakaman video muzik yang dilakukan bersama Shahir di aplikasi Tik Tok mengundang pertanyaan peminat.

Menurut Erra, dia mengambil keputusan menurunkan video tersebut kerana tidak mahu timbul salah faham dalam kalangan netizen.

“Sebenarnya tak ada apa pun, saya baru guna Tik Tok, saja suka-suka buat video tu dan ingatkan nak simpan sahaja, tapi tak tahu kena post dulu.

“Tiba-tiba tengok ramai pula yang komen dan ambil video tu. Untuk elakkan riuh, saya rasa lebih baik padam sahaja.

Erra dan anaknya, Engku Aleesya.

“Tak ada apa lah, saja cuba-cuba, rasa seronok pula belajar benda baru, feeling remaja gitu!,” katanya kepada mStar Online.

Dalam rakaman muzik tersebut, turut kelihatan Engku Aleesya disamping Erra dan Shahir.

Sementara itu, Erra mengakui tidak membaca komen-komen pengikut di laman tersebut.

“Orang kata ‘sweet’ ke apa ke, saya tak tahu sebab tak baca komen-komen tu, minta maaf!,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Maria Mariana ini turut meninggalkan pesan kepada golongan remaja supaya menggunakan teknologi dengan sebaiknya.

“Saya sendiri sakit mata kalau tengok orang perempuan yang dalam keadaan melampau guna aplikasi tersebut. 

“Kalau boleh jaga adab dan berpada-pada menggunakan teknologi ya!,” ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/07/12/erra-fazira-tiktok
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA