Update 19:54 date 23/09/2018
SUKAN | 04 Jul, 2018 | 04:30

Kenyataan Klopp mengecewakan

Nicol berharap Mahrez akan benar-benar menyertai The Reds pada jendela perpindahan bulan ini. LEGENDA Liverpool, Steve Nicol kecewa dengan kenyataan Jurgen Klopp yang mengakui tidak minat untuk menandatangani bintang Leicester City, Riyad Mahrez. Menurutnya, beliau yakin Mahrez akan lebih menyerlah jika diberi peluang menyarung jersi The Reds, justeru, adalah satu kerugian jika kelab itu tidak […]

Nicol berharap Mahrez akan benar-benar menyertai The Reds pada jendela perpindahan bulan ini.

LEGENDA Liverpool, Steve Nicol kecewa dengan kenyataan Jurgen Klopp yang mengakui tidak minat untuk menandatangani bintang Leicester City, Riyad Mahrez.

Menurutnya, beliau yakin Mahrez akan lebih menyerlah jika diberi peluang menyarung jersi The Reds, justeru, adalah satu kerugian jika kelab itu tidak mendapatkan bintang kelahiran Algeria itu.

“Jika saya, saya tidak akan berfikir panjang untuk mendatangkan Mahrez ke Liverpool kerana saya yakin dia akan menyerlah di sini.

“Tapi bila mendengar Klopp tidak berminat untuk mendapatkan pemain itu, bagi saya ia sangat mengecewakan.

“Mahrez seorang pemain yang hebat. Dia boleh menjaringkan gol-gol yang menakjubkan dan boleh turun untuk bertahan apabila diperlukan. Jadi, apa alasan mereka?

“Mahrez boleh dianggap ‘jackpot’ untuk Liverpool dan saya amat berharap dia akan menyertai kelab ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Klopp tidak mahu terburu-buru untuk membelanjakan wang yang diperolehi daripada penjualan Philippe Coutinho untuk membeli pemain baharu.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kenyataan-klopp-mengecewakan/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA