Update 21:19 date 18/10/2018
BERITA | 24 Jul, 2018 | 10:14

Kerajaan cadang wujud Akta Kebencian Agama dan Kaum

Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk […]

Kerajaan cadang wujud Akta Kebencian Agama dan Kaum

Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

“Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai persediaan kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam termasuk menggubal rang undang-undang baharu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook.

“Kami belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami teliti seterusnya melihat aspek-aspek yang boleh dikawal agar Islam sebagai agama Persekutuan itu dihormati oleh semua pihak termasuk juga untuk agama lain,” katanya.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-cadang-wujud-akta-kebencian-agama-dan-kaum-181244
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA