KERJASAMA gedung peralatan teknologi maklumat (IT) terbesar di Malaysia, TMT oleh Thunder Match (TMT) dan platform beli-belah dalam talian, Shopee membuahkan hasil selepas catat per­tumbuhan 100 peratus hasil jualan.

Pengarah Urusan TMT, Adrian Yu berkata, kerjasama sejak 2017 itu terus me­nunjukkan peningkatan menggalakkan dengan hasil jualan harian RM10,000 me­lonjak kepada purata RM100,000 sehari.

“Sebelum beralih ke Shopee, kami menjual produk di lebih 100 cawangan dan di laman web. Jumlah pendapatan jualan baik namun masih tidak dapat untuk menguasai permintaan.

“Dengan data 12 juta pelanggan dimiliki Shopee, ia terus meyakinkan kami untuk bekerjasama. Malah, kerjasama ini menawarkan kemudahan, nilai dan penjimatan buat pelanggan,†katanya kepada Bernama.

Tambahnya, setakat ini sebanyak 3,000 produk seperti telefon pintar, komputer riba dan gajet elektronik dari kedai TMT di platform Shopee.