Iskandar Abdul Samad.
Iskandar Abdul Samad.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A. Samad berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan.

“Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan Najib telah menjadi berita utama dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain,†katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily semalam.

Dalam pada itu, katanya, cadangan pemimpin Pakatan Harapan untuk membekukan akaun bank Pas adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti.

“Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank UMNO telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB),†katanya.

Tambahnya, pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperoleh Pakatan Harapan adalah kurang dari 50 peratus.

“Sementara satu kajian me­nunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi Pakatan Harapan, undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh Pas dan UMNO.

IDRIS AHMAD
IDRIS AHMAD

“Kedudukan sokongan kepada Pakatan Harapan adalah tidak kukuh dan yang me­ngundi Pakatan Harapan terutamanya ahli-ahli UMNO boleh pada bila-bila masa meninggalkan Pakatan Harapan,†katanya.

Oleh itu katanya, satu jalan keluar bagi Pakatan Harapan adalah untuk memastikan UMNO dan Pas tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut.

“Langkah pertama adalah de­ngan membekukan akaun bank mereka dan langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran,†katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mendesak agar akaun Pakatan Harapan disiasat sekiranya gabungan itu benar-benar mengikut proses demokrasi.

“Mungkin Pakatan Harapan tidak perasan mereka sudah memerintah. Jangan lupa juga tolong siasat akaun parti Pakatan Harapan sama,†katanya menerusi Facebook hari ini.