Update 03:53 date 20/08/2018
POLITIK | 16 Jul, 2018 | 05:00

KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang

Selain Anifah, Khairy dilihat keseorangan di blok pembangkang apabila Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak keluar Dewan bagi memprotes proses pelantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam […]

KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang

Selain Anifah, Khairy dilihat keseorangan di blok pembangkang apabila Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak keluar Dewan bagi memprotes proses pelantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Kekecohan timbul apabila usul pelantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil “point of order” beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul pelantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.

“Kami tidak menolak calon Speaker, tetapi kami menolak cara proses pelantikan speaker berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat,” Takiyuddin, yang mewakili pembangkang di Dewan Rakyat, memberitahu pemberita ketika di luar dewan.

Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian.

BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh

INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kj-anifah-bersendirian-di-blok-pembangkang-180576
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA