Update 11:05 date 16/08/2018
BERITA | 21 Jul, 2018 | 00:04

KKMM mahu internet jadi ‘hak asasi’ rakyat – Gobind

GOBIND: Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar. – BERNAMA/Fail KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mahu menjadikan akses capaian internet di negara ini lebih meluas dan menyeluruh seolah-olah sebagai ‘hak asasi manusia’ bagi setiap rakyat. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya memperoleh keperluan asas seperti bekalan elektrik dan […]

KKMM mahu internet jadi 'hak asasi' rakyat - Gobind

GOBIND: Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar. – BERNAMA/Fail

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mahu menjadikan akses capaian internet di negara ini lebih meluas dan menyeluruh seolah-olah sebagai ‘hak asasi manusia’ bagi setiap rakyat.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya memperoleh keperluan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada semua lapisan rakyat sebagai hak asasi manusia maka keperluan capaian internet kepada rakyat juga perlu sedemikian.

Beliau berkata capaian internet seperti ini bagi memastikan kemudahan internet dapat dinikmati oleh semua golongan termasuk di kawasan luar bandar sekali gus ke arah memperkasa rakyat dengan pelbagai maklumat.

“Kita lihat semua rumah ada bekalan elektik dan air kerana ia hak asasi. Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar.

“Ini kerana ia seharusnya dikategorikan sebagai satu utiliti supaya semua rakyat boleh menikmati manfaat internet,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah, di sini pada Jumaat.

Gobind berkata kementeriannya komited untuk terus memantapkan infrastruktur internet termasuk menggunakan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar bagi membolehkan semua kediaman dapat memanfaatkan kemudahan internet dan jalur lebar.

“Bagaimanapun kita juga perlu faham bahawa kabel fiber ini mungkin sampai ke kawasan bandar tetapi tidak di kawasan jauh seperti di luar bandar. Oleh itu kita perlu pastikan bahawa ada gabungan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar supaya kawasan luar bandar boleh menikmati kemudahan internet,” katanya.

Sehubungan itu, Gobind berkata, kementerian kini sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat telekomunikasi terlibat mengenai cadangan untuk menukar Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) kepada ‘National Connectivity Plan’ (NCP) bagi mencapai aspirasi tersebut.

Hasil perbincangan dan kajian tentang perkara itu akan dimaklumkan kepada Kabinet selain berharap keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat, katanya. — Bernama

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkmm-mahu-internet-jadi-hak-asasi-rakyat-gobind-180990
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA