KUANTAN – Golongan profesional dan bekerjaya dijemput memberikan perkongsian selama 10 minit di perhimpunan sebagai dorongan anak-anak mencintai profesion atau kerjaya masa depan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas, Mohd Razali Abd Rahman berkata, menerusi program ini, tetamu dari Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dijemput meluangkan masa bersama-sama anak murid bagi berkongsi kerjaya mereka sebelum bermula sesi persekolahan.

“Kita mahu anak-anak diperkenalkan kepada pelbagai kerjaya dan buat persediaan masa depan.

“Baru-baru ini, doktor datang berpakaian doktor bedah dan murid-murid amat teruja bertanyakan soalan dan berminat dengan kerjaya itu,†katanya.

Yang DiPertua PIBG, Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad berkata, perkongsian ini secara tidak langsung menanam minat murid-murid mengenai pekerjaan pilihan mereka.

“Ia satu program yang menarik. Ibu bapa boleh kongsi pengalaman, manakala murid-murid dapat pembelajaran dan pendedahan baharu mengenai kerjaya,†katanya.

Beliau berkata demikian pada program perasmian 1 Murid 1 Pasu Pokok Bunga di sekolah tersebut, semalam.

Program keceriaan itu juga merupakan salah satu inisiatif PIBG di bawah KSIB dengan menggalakkan murid murid membawa satu pasu pokok bunga ke sekolah dan menjaganya.

Sebanyak 160 penyumbang tanaman berpasu berjaya dikumpulkan sejak program dimulakan antara 17 hingga 31 Ogos lalu.