Pengerusi DAP Perak itu akur dengan keputusan tersebut dan menyerahkan perkara tersebut kepada kebijaksanaan Dr. Mahathir dan kepimpinan parti.

“Saya tidak kecewa malah akan terus berjuang untuk rakyat. Saya menghormati Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh senior dan akan terus menyokong beliau.

“Saya juga yakin dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan dengan pengalamannya sebagai Perdana Menteri, beliau mampu memenuhi harapan rakyat dan janji yang dibuat menerusi manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE