Update 14:13 date 18/07/2018
DUNIA | 08 Jul, 2018 | 13:02

Kronologi remaja Thailand sesat di gua

Anggota tentera bersiap untuk memasuki Gua Tham Luang, di mana 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap di Chiang Rai, Thailand, 6 Julai, 2018. REUTERS BERIKUT kronologi kes di mana 12 remaja berusia antara 11 dan 16 tahun hilang bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun selepas latihan bola sepak 23 Jun lalu. 23 Jun: […]

Kronologi remaja Thailand sesat di gua

Anggota tentera bersiap untuk memasuki Gua Tham Luang, di mana 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap di Chiang Rai, Thailand, 6 Julai, 2018. REUTERS

BERIKUT kronologi kes di mana 12 remaja berusia antara 11 dan 16 tahun hilang bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun selepas latihan bola sepak 23 Jun lalu.

23 Jun: 12 remaja dan seorang jurulatih memasuki Gua Tham Luang di Chiang Rai.

24 Jun: Pihak berkuasa menemui kesan tapak tangan dan tapak kaki.

25 Jun: Penyelam tentera laut Thai memasuki gua untuk operasi mencari dan menyelamat.

26 Jun: Penyelam tiba di persimpangan-T beberapa kilometer dalam gua tetapi terpaksa berpatah balik apabila air banjir melimpah deras.

27 Jun: Tiga pakar penyelam British memasuki gua namun terpaksa berpatah balik akibat banjir.

28 Jun: Operasi menyelamat bawah air dihentikan sementara akibat air deras.

29 Jun: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha melawat lokasi kejadian.

30 Jun: Penyelam berjaya melepasi air banjir di dalam gua, namun masih jauh dari lokasi kesemua mangsa.

Keadaan di dalam gua. Grafik Astro AWANI

1 Julai: Penyelam tiba di kawasan lebih dalam di dalam gua

2 Julai: Kesemua mangsa ditemui selamat lewat hari ini.

3 Julai: Bekalan makanan dan ubat-ubatan diberi kepada kesemua mangsa.

4 Julai: Mangsa diajar menggunakan topeng menyelam dan alat pernafasan.

5 Julai: Pihak berkuasa berdepan cabaran menyelamat lebih sukar.

6 Julai: Seorang penyelam lemas ketika operasi menyelamat.

7 Julai: Lebih 100 cerobong digerudi dari permukaan gua dalam usaha menyelamat.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/kronologi-remaja-thailand-sesat-di-gua-179933
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA