Update 16:53 date 19/07/2018
BERITA | 02 Jul, 2018 | 04:12

Kumar kembali perkuat Malaysian Tigers

S Kumar (tiga,kiri) mengakui lega selepas hukuman penggantungannya tamat bulan ini. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Unit Antidoping Adamas, Nishel Kumar, Timbalan Presiden KHM, Prof Datuk Dr Shamala Subramaniam dan Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal. KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan penjaga gol kebangsaan, S Kumar bakal memperkuatkan kembali pasukan negara selepas hukuman penggantungannya selama […]

S Kumar (tiga,kiri) mengakui lega selepas hukuman penggantungannya tamat bulan ini. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Unit Antidoping Adamas, Nishel Kumar, Timbalan Presiden KHM, Prof Datuk Dr Shamala Subramaniam dan Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan penjaga gol kebangsaan, S Kumar bakal memperkuatkan kembali pasukan negara selepas hukuman penggantungannya selama enam bulan bermula Oktober berakhir bulan ini.

Tempoh penggantungan enam bulan dikenakan ke atas Kumar selepas FIH mendapati bahan terlarang tersebut bukan diambil secara sengaja selain mengambil kira kerjasama baik yang diberikan oleh Kumar dan KHM, rekod baiknya membantu skuad kebangsaan, lulus 10 ujian doping sebelum ini serta segala bukti lengkap yang telah dikemukakan bagi membantu siasatan.

Justeru, FIH mengambil keputusan untuk tidak memanggil Kumar bagi sesi pendengaran dan hukuman dijatuhkan serta merta di mana hukuman tersebut telah berkuat kuasa daripada tarikh sampel air kencingnya diambil iaitu pada 16 Oktober tahun lalu dan telah tamat pada 15 April lalu.

“Saya bersyukur kerana semuanya telah berakhir dan saya sememangnya mengharapkan keputusan yang terbaik untuk kes ini supaya saya boleh kembali bersama skuad negara untuk menabur khidmat terutamanya di kejohanan Sukan Asia di mana semua tahu Sukan Asia menawarkan tiket ke Sukan Olimpik 2020 dan juga Piala Dunia hujung tahun ini.

“Apabila saya mendapat keputusan bahawa saya sudah boleh kembali bersama skuad negara, saya sangat gembira kerana sebelum ini juga saya mengharapkan ini keputusan yang akan keluar kerana semasa sesi siasatan dijalankan dalam beberapa bulan saya menerima maklum balas yang baik daripada FIH.

“Bukan senang untuk atlet terlepas daripada sesi pendengaran dan terus mendapat keputusan. Apabila saya menerima keputusan yang memihak kepada saya, saya gembira dan bersedia untuk kembali menjalani latihan,†kata S Kumar yang akan kembali bersama skuad negara dan bertekad untuk membantu Malaysian Tigers di dua kejohanan besar iaitu Sukan Asia dan Piala Dunia 2018.

Dalam pada itu, Kumar juga yakin sekiranya dia menjalani latihan penjaga gol sepenuhnya bersama pasukan dalam tempoh masa dua minggu, dia akan kembali mendapat rentak dan keserasian selain menganggap pengalaman yang dimiliki juga mampu untuk membantunya.

“Walaupun saya tidak menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, tetapi saya mengambil pendekatan melakukan latihan sendiri di gym dan juga melakukan latihan fizikal, namun saya kekurangan latihan dari segi penjaga gol.

“Bagaimanapun saya memerlukan tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk melakukan latihan penuh penjaga gol untuk saya kembali mendapatkan rentak selain menggunakan pengalaman yang saya miliki.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi jika saya kembali menjalani latihan bersama pasukan dalam tempoh masa dua minggu, saya akan kembali mendapat rentak sebagai penjaga gol dan mencabar kembali kedudukan dalam skuad kebangsaan,†jelas Kumar lagi.

Untuk rekod, Kumar terlepas dua kejohanan tahun ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah pada Mac lalu dan Sukan Komanwel Gold Coast kerana menjalani penggantungan.

Beliau sebelum ini digantung ekoran gagal ujian doping dan disahkan positif sibutramine ketika beraksi di Piala Asia, Dhaka Bangladesh, Oktober lalu.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/kumar-kembali-perkuat-malaysian-tigers/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA