Update 09:33 date 14/08/2018
BERITA | 11 Aug, 2018 | 08:06

Lagi dua kilang, 28 gedung Crocs ditutup

CROCS Inc, pengeluar kasut terkemuka mengumumkan penutupan dua lagi kilangnya untuk memberi tumpuan bagi meningkatkan keuntungan syarikat itu. Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ia akan menutup operasi perkilangannya di Itali dan Mexico. Pengumuman itu buat susulan penutupan 28 gedungnya di seluruh dunia dengan rancangan untuk menutup lagi 132 lagi gedung syarikat tersebut pada tahun […]

CROCS Inc, pengeluar kasut terkemuka mengumumkan penutupan dua lagi kilangnya untuk memberi tumpuan bagi meningkatkan keuntungan syarikat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ia akan menutup operasi perkilangannya di Itali dan Mexico.

Pengumuman itu buat susulan penutupan 28 gedungnya di seluruh dunia dengan rancangan untuk menutup lagi 132 lagi gedung syarikat tersebut pada tahun ini.

Syarikat itu mempunyai kira-kira 558 gedung di seluruh dunia.

Kasut keluaran syarikat yang berpangkalan di Niwot, Colorado itu kurang mendapat sambutan di kalangan pembeli dan menyaksikan harga sahamnya menurun antara 2014 dan 2017, mencecah paras terendah $5.94.

Namun, syarikat itu mengharapkan pendapatan lebih $1 bilion untuk 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Crocs, Andrew Rees berkata:”Kasut clog dan sandal kami terus mencatatkan penjualan memberangsangkan dan kami berada di kedudukan yang baik untuk separuh akhir tahun ini.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/08/11/crocs-tutup
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA