Update 23:47 date 22/07/2018
HIBURAN | 03 Jul, 2018 | 06:06

Lain dah… dua kasut tak dijual – Saharul Ridzwan

Saharul masih menyimpan beberapa koleksi barangan jenama miliknya yang mempunyai nilai sentimental. BIARPUN pelakon Saharul Ridzwan memilih untuk menjual barang berjenama miliknya namun masih ada beberapa koleksi barangan berkenaan yang disimpan. Saharul, 29, berkata dia menyimpan barang-barang tersebut disebabkan ia mempunyai nilai sentimental. Antaranya seperti kasut yang dipakai ketika majlis perkahwinannya dan kotak jenama Supreme […]

Saharul masih menyimpan beberapa koleksi barangan jenama miliknya yang mempunyai nilai sentimental.

BIARPUN pelakon Saharul Ridzwan memilih untuk menjual barang berjenama miliknya namun masih ada beberapa koleksi barangan berkenaan yang disimpan.

Saharul, 29, berkata dia menyimpan barang-barang tersebut disebabkan ia mempunyai nilai sentimental.

Antaranya seperti kasut yang dipakai ketika majlis perkahwinannya dan kotak jenama Supreme hadiah daripada isterinya, Qaabila Deena Emir.

“Ada juga beberapa koleksi kasut dan barang yang saya simpan dan tidak akan jual. Sebab barang-barang itu mempunyai nilai sentimental.

“Antaranya, kasut jenama AJ yang saya pakai ketika majlis perkahwinan dan kasut warna putih yang saya pakai ketika berbulan madu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Tinggal…” – Saharul Ridzwan

Saharul mengorbankan minatnya terhadap barang berjenama demi kehidupan yang lebih baik.

“Selain itu, kotak jenama Supreme hadiah pemberian isteri yang berharga lebih kurang RM500 juga saya simpan,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Saharul memilih untuk menjual barang berjenama mewah miliknya dalam misi untuk memulakan kehidupan baharu.

Dia mula mengenepikan minatnya terhadap pakaian streetwear berjenama yang sebelum ini disifatkan sebagai hobi mewah yang memberinya kepuasan.

Menurut Saharul, keputusan tersebut dibuat selepas bertemu dengan pelakon dan usahawan Fizo Omar buat kali kedua pada pertengahan Jun lalu.

“Keputusan nak jual barang-barang saya itu dibuat selepas bertemu dengan Fizo buat kali kedua.

Saharul menerima tips untuk berjaya daripada Fizo.

“Sebenarnya tujuan saya nak jumpa Fizo ketika itusebab nak beli buku dia, Bangkit Bila Bankrap.

“Tapi dalam pada masa yang sama dia beri tips, untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik, saya kena korbankan sesuatu yang saya minat,” ujarnya.

Saharul dan Fizo pernah menyertai pertandingan yang sama iaitu Hero Remaja.

Menerusi pertandingan itu, Fizo mendapat tempat kedua pada 2007 dan manakala Saharul memenangi tempat ketiga pada 2011.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/03/saharul-ridzwan
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA