Update 17:25 date 19/07/2018
BERITA | 02 Jul, 2018 | 03:47

Laluan England ke final semakin mudah

TENDANGAN penalti yang membawa kemenangan kepada Rusia ke atas Sepanyol membawa gelombang pada Piala Dunia 2018 terutamanya pada pasukan England. Gareth Southgate dikritik teruk kerana menunjukkan aksi lemah dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan ketika menentang Belgium. England tewas 1-0 dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam kumpulan. Namun, jadual perlawanan akan datang menunjukkan England […]


TENDANGAN penalti yang membawa kemenangan kepada Rusia ke atas Sepanyol membawa gelombang pada Piala Dunia 2018 terutamanya pada pasukan England.

Gareth Southgate dikritik teruk kerana menunjukkan aksi lemah dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan ketika menentang Belgium.

England tewas 1-0 dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam kumpulan.

Namun, jadual perlawanan akan datang menunjukkan England mempunyai peluang cerah untuk mara ke perlawanan akhir piala dunia sejak kemunculan pasukan mereka pada 1966.

England mengenali lawan mereka dalam 16 perlawanan sebelum ini dan Colombia mengungguli carta Kumpulan H.

Pasukan Amerika Selatan itu mara ke suku akhir sebelum ini dan secara jelas lagi kuat daripada Jepun yang hanya berada di tangga kedua kumpulan.

Bagaimanapun, James Rodriguez bergelut dengan kecederaan dan jika dia terpaksa berehat, England mempunyai peluang yang amat cerah untuk bergelar juara.

Pertembungan antara Sweden dan Switzerland pula tidak cukup menakutkan peminat pasukan England.

Jika pemain-pemain terbaik mereka beraksi, sudah tentu England sedikit goyah kerana sejarah menunjukkan pasukan itu pernah tewas sekali dalam 21 perlawanan menentang Switzerland.

Namun England tidak pernah tewas kepada Sweden sejak pusingan kelayakan Euro 2000 pada 1998, ini membuktikan perlawanan Glenn Hoddle sebelum ini menjadi kayu pengukur mereka. – Eurosport

http://www.mstar.com.my/sukan/fanatik-bola-2018/2018/07/02/peluang-england
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA