LABUAN – Lebih 5,000 peserta menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Kembara Merdeka yang berlangsung di sini hari ini bersempena pelancaran Bulan Merdeka dan mengibar Jalur Gemilang 2018 peringkat kebangsaan.

Acara kembara mengelilingi pula yang bermula dan di Bangunan Medan Selera Labuan itu dianjurkan bersama Jabatan Penerangan Labuan dan Perbadanan Labuan dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia Labuan.

Peserta dilepaskan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, diiringi Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail, Timbalan Ketua Polis, Deputi Superintendan Ibrahim Ghani, ketua-ketua kerajaan, wakil parti komponen Pakatan Harapan dan ketua kampung.

Sebanyak 45 kenderaan dengan 130 peserta terlibat dalam konvoi yang diketuai Azhar, Rithuan dan Supian sendiri.

Lebih daripada 300 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) turut terlibat dalam mengibar Jalur Gemilang. – Bernama