Seorang saksi yang enggan identitinya didedahkan berkata, ketika kejadian dia ternampak sesuatu di belakang rumahnya dan terus memanggil jirannya untuk melihat dengan lebih dekat.

“Jika dilihat dari rumah saya, ia kelihatan seperti mayat tetapi pada masa sama objek itu kelihatan seperti patung.

“Sebaik menghampirinya, saya dan jiran terkejut apabila mendapati mayat seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan terbaring. Saya terus meminta jiran menghubungi pihak polis,” katanya, hari ini.

Mayat itu telah dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

Difahamkan, polis masih mengenal pasti identiti lelaki itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan. – UTUSAN ONLINE