Update 11:03 date 16/08/2018
SUKAN | 23 Jul, 2018 | 06:00

‘Lepaskan Martial? Tak mungkin…’ – Mourinho

HASRAT Anthony Martial untuk meninggalkan Manchester United tidak kesampaian apabila pengurusnya, Jose Mourinho menegaskan beliau tidak akan melepaskan pemain itu. Walaupun dicanang beberapa kelab termasuk Chelsea dan Bayern Munich berminat mendapatkan khidmat Martial, namun Mourinho akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha tersebut demi mengekalkan pemain berusia 22 tahun itu di old Trafford. “Saya tidak tahu apa […]

HASRAT Anthony Martial untuk meninggalkan Manchester United tidak kesampaian apabila pengurusnya, Jose Mourinho menegaskan beliau tidak akan melepaskan pemain itu.

Walaupun dicanang beberapa kelab termasuk Chelsea dan Bayern Munich berminat mendapatkan khidmat Martial, namun Mourinho akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha tersebut demi mengekalkan pemain berusia 22 tahun itu di old Trafford.

“Saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh ejennya. Tetapi beginilah, ‘saya mahu berada di Los Angeles, tetapi sekarang saya berada di San Jose’.

“Maksudnya, anda tidak boleh boleh melakukan apa yang anda mahukan dalam hidup. Saya mahu berada dan berlatih di los Angeles dan beraksi lima perlawanan di sana dan kemudian kembali ke Manchester.

“Saya mahu aksi bertemu leicester pada hujung minggu, tetapi terpaksa beraksi pada hari Jumaat. Jadi, ideologinya di sini sangat mudah, anda tidak akan dapat apa yang anda mahukan,” kata Mourinho apabila mengulas mengenai keinginan pemain itu untuk berhijrah.

Difahamkan, Martial mahu berpindah kerana beliau mahukan minit bermain yang lebih banyak. Di United, Martial semakin kurang mendapat minit bermain selepas kehadiran Alexis Sanchez awal tahun lalu.

Kontrak Martial di Old Trafford hanya akan tamat pada musim panas 2019.
Dalam aksi pra musim menentang San Jose Earthquakes, United sekadar mencatat keputusan seri 1-1.

-end-

Komen anda

http://www.sukansinar.com/lepaskan-martial-tak-mungkin-mourinho/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA