Update 22:34 date 17/10/2018
SUKAN | 23 Jul, 2018 | 06:04

Lorenzo buat pusingan U?

JORGE Lorenzo sah akan menyertai Repsol Honda dan bergandingan dengan Marc Marquez di musim 2019 nanti. Namun begitu, pelumba Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan kembali menyertai Ducati di masa akan datang. “Saya percaya Ducati merupakan pasukan yang ada impian besar. Sesiapa pun yang berada di Ducati dianggap seperti sebuah keluarga. “Jadi, jika […]

JORGE Lorenzo sah akan menyertai Repsol Honda dan bergandingan dengan Marc Marquez di musim 2019 nanti.

Namun begitu, pelumba Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan kembali menyertai Ducati di masa akan datang.

“Saya percaya Ducati merupakan pasukan yang ada impian besar. Sesiapa pun yang berada di Ducati dianggap seperti sebuah keluarga.

“Jadi, jika ditanya sama ada saya akan kembali ke sana, jawapannya anda tidak akan pernah tahu. Masih ada banyak perlumbaan musim ini dan cerita berbeza untuk musim depan. Dalam hidup anda tidak akan pernah tahu, tetapi apa yang boleh saya katakan saya masih baik dengan Ducati.

“Cuma buat masa ini, hanya masa depan yang memisahkan saya dan Ducati. Apa pun saya sangat berterima kasih kepada Ducati yang begitu menghargai kedatangan saya sebelum ini,” katanya.

Lorenzo dan Ducati berpisah selepas prestasi hambar yang dipamerkan pelumba Sepanyol itu musim lalu dan awal musim ini.

Namun, di pertengahan musim Lorenzo kembali menggegar apabila meraih dua kemenangan berturut-turut di GP Itali dan Catalunya.

Selepas ini, pelumba-pelumba MotoGP akan menghadapi perlumbaan di Brno, Republik Czech pada awal bulan depan.

-end-

Komen anda

http://www.sukansinar.com/lorenzo-buat-pusingan-u/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA